ContenganHati

I vomit here. And i spill here too.

Bedah Buku

Aim saya sebelum balik malaysia;khatam dua buah buku.

1. Quranic Law of Attraction.buku ni beli Okt 2011 dan yang anehnya sekarang Mei 2012. Mana silapnya??? Sibuk? Ohhh please la. Konon la sibuk, padahal banyak je masa. Bertenggek kat fb tak sibuk pulak. My bad.

2. Hari-hari Dalam Hidupku- Zainab Al Ghazali Al Jubaili. Dapat awal tahun ni. baru baca half. :D

**

Pernah dengar tak?

Rakyat Malaysia dikatakan baca buku 2 buah setahun. Buktinya jelas pada saya kan? ^^

Pergi UK hari tu masyaallah. Masyarakat sana sangat membudayakan tabiat membaca. Hatta dalam metro( macam lrt) diorang akan baca buku. Di taman. Pendek kata mereka membaca! Itu orang barat. Dan kita orang Islam? 2 buah buku setahun? Haish~ bila nak maju kan? Kalau nak baca buku ilmiah dan berat sikit dah malas. Bacaan ringan seperti komik laju je.

Tapi tak semua orang malaysia macam tu. Ada je yang mampu baca buku ilmiah dan berat. Kagum dengan mereka. :)

p/s; Wahyu Rasulullah yang pertama adalah Surah Al-Alaq ayat 1-5. Dan permulaanya adalah ‘bacalah’

Hari ni International Day kat sini. :)

Moga Allah redha!

Refill

Pejam celik pejam celik dh nk hbs cuti weekend
cepatnya masa berlalu
tak puas lagi bersenang-lenang lps EOM
hurmmm..

bila dh nk start kuliah balik ni
baru la rasa menyesal
ya allah banyaknya masa aku dh sia-siakan
final dh dekat
tp asyik main-main je..

benarlah
demi masa
manusia itu sering dalam kerugian
melainkan orang yang beriman dan beramal soleh

okey Jasmine
take a deep breath
jom refill semangat untuk module baru
my beloved gastrointestinal system <3
fighting!!!!!

Untuk Cik Orkid
good luck untuk respiratory system

Oh Rejab!

Rejab datang lagi
sama ada kita sedar atau tidak hari ni dah pun 4 rejab.

Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku.” (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Bulan rejab merupakan salah satu daripada empat bulan haram dalam kalendar Islam.

“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram” (At-Taubah:36)

Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan jgk Rejab merupakan bulan-bulan mulia
pertumpahan darah adalah diharamkan dlm bulan-bulan nie.

banyak peristiwa penting sebenarnya yang berlaku dlm bulan Rejab antaranya

1) Hijrah pertama ke Habsyah
2) peristiwa Isra’ Mikraj
3) solat 5 waktu difardhukan keatas umat islam
4) Perang Tabuk
5) pembukaan semula Baitul Maqdis oleh Salahuddin Al-Ayubi

semoga kedatangan rejab ni menjadi medium untuk kita bersiap siaga bagi menerima kedatangan ramadhan kareem
jugak topup sebanyak mungkin amalan di bulan mulia ini.

Bahangnya!

Ini bukan bahang politik mesir
Bukan juga bahang debat ptptn
Bukan juga bahang pilihanraya msia

Okay straight to the point la cik orkid.
Jgn asyik duk merayau jauh

Hehe
Ini bahang summer

Jalan balik kelas tadi rasa sangat berbahang. Panas. Summer tgh memuncak. Sama panas dengan politik mesir. Ye saya kurang mengikuti perkembangannya. My bad. Itu isu semasa.

Kalau dulu di msia saya masih ingat si abah dan abang sangat bersemangat bab politik ni. Sampai saya pernah tanya kenapa nak sibuk2. Biar je la. Dan anda tahu apa? Lepas tu saya terus ditempelak oleh mereka.

Memilih pemimpin bukan mudah. Dan sudah pasti kita semua nak pemimpin yang akan bawa kita pada Islam. Yang akan tegakkan Islam.

Tetiba rasa tulis macam keling. Okay need to stop.

Maaf cik jasmine. Saya sangat kerap update. Mungkin patut ada blog saya sendiri selain dari kolaborasi ini. maaf! Maaf! Tak berniat nak lintas giliran cik jasmine. Eh eh ada giliran ke? Hehe. :D . Dan maaf sebab kadangkala update saya macam tak bermanfaat. Maaf!

Banyak pulak maaf. Hehe. :)

Grateful. Syukur.

Esok dah 3rd week utk respire system.
Dan 3 minggu lagi exam praktikal. Then exam module. Exam sem. Exam sem. Exam sem.

(cakap mengenai exam takkan habis)^^

Nak cerita! Mahu dengar? Tak nak? Okay pegi jauh2 :) . Entri ini panjang.

Ini route saya tiap ari ke kuliah:

Keluar rumah. Bukak pintu besar. Nampak anjing coklat. Jalan dan simpang ke kiri. Kadangkala jumpa pak cik yang setia cari sampah dalam longgokan sampah. Geledah sampah. Kadangkala pagi2 tak terus buang sampah ke dalam tong besar. Sebab dia minta hand to hand. Sedih kan? Perhaps he is looking for something to sell? To eat?

Sambung jalan lagi. Jumpa jalan besar. Jumpa pak cik yang berbeza yang akan tiap pagi geledah sampah. Bezanya ini di jalan besar.

Lintas jalan super busy. Jumpa pakcik yang tidur beralaskan lantai kotor. Dengan baju lusuh. Mungkin homeless. Kesian. Tapi pak cik ni tak setiap hari jumpa. Hulur sedikit duit. Itupun kalau ada syiling. ( berkira kan?):(

Jumpa pak cik tua yang jual buah. Buah oren! Sangat suka buah itu! Saya wajibkan diri beli. Sebab kesian ngan pakcik tu. Dia sangat tua. Sangat uzur. Mungkin taraf moyang saya. Tapi dia still cuba gagahkan diri untuk berniaga.

Malamnya. Akan kedengaran suara penjual melaung kuat. Adakalanya budak muda.Menjaja barang dapur.
Mereka sangat kuat!

Its my life. Setiap hari jumpa orang susah. Sampai saya rasa immune. Dan saya bimbang kalau2 lepas ni saya rasa common. Sampai saya tak amik ibrah. Tak amik iktibar. Just looking without any sense.

Dan semalan kawan manis bagitahu;
Allah campak kita ke bumi ini. Dan Allah bagi tengok situasi yang tak ada kat msia. Susah kan nak jumpa kat msia?

Bersyukur. Syukur. Be grateful.

Kita berada di zon yang sangat sangat selesa! Sampaikan kita lena. Nyenyak dibuai mimpi. Hanyut dibawa arus.
Kita alpa. Lalai dengan nikmat dunia.

Kawan2 walau di mana anda tercampak :)

Kadangkala Allah nak bagi petunjuk dan peringatan bukan hanya dengan kurniakan sahabat2 yang solehah, dengan hanya hadiri majlis ilmu.

Tapi dengan bagi tengok surrounding sekeliling kita. Dan kita kena berfikir. Sungguh beruntung orang2 yang berfikir itu.

Okay. Saya kena hadam lung surfactant.
Doakan saya utk modul ini. Doakan saya dapat jadi doc ummah. Doakan msia. Moga dapt bangun dari tidur yang lena. Doakan mesir. Moga pimpinan selepas ini bakal menjulang nama Islam. Doakan dunia. Moga terus aman.

20120519-210004.jpg
Summer=mangga and delima ‘s time!

sama tapi berbeza

Alhamdulillah
sedar tak sedar kita semakin menghampiri bulan rejab
cepatkan masa berlalu
saya sendiri hampir terlupa
maklumlah kita lebih berkiblatkan kalendar masihi.

okey,
citer bulan rejab kita postpone ke next entri.
skarang kita citer pasal tajuk kat atas.
kisah kami dan mereka….

siapa kami? siapa mereka?
apa yang sama? dan apa yang berbeza???

ingat tak entri bahasa asing sebelum ni?
ni la consequence daripada pilihan kami
budak-budak yang ambik bahasa arab.
benar..
ini adalah pilihan terbaik kami!

“ Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Baqarah: 216)

jadi,
apa yang mendorong saya menulis tentang ini???
ape yea?? (kasi suspen ckit..hehe)

alhamdulillah
walaupun dalam kesibukan menghadam nota module respiratory system
kami masih diberi ruang dan peluang untuk sama-sama memeriahkan minggu bahasa arab.
program wajib bagi sape-sape yg ambik arab.

dan kami
hantar wakil dalam kalam jamaie a.k.a arabic choral speaking dan sketsa arab.
penat. teramat penat.
tak terkejar rasanya. nk practice lg, nk study lagi
tapi….

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya ” (Al-Baqarah : 286)

benarlah kata orang
bila blajar bahasa sesebuah bangsa,
automatically kita jgk blajar budaya bangsa tersebut.
dan kami..
belajar bahasa arab, bahasa al-quran
kami jgk blajar cara hidup yang islam gariskan.

pastinya minggu bahasa arab kali ni
berbeza dengan minggu bahasa yang lain.
yang paling menarik, ikhtilath amat dijaga.
setiap kategori memang diasingkan antara muslimin dan muslimat.
bermula dari MC hingga penonton semuanya muslimat.
muslimin dilarang sama sekali memasuki kawasan muslimat.

inilah yang membezakan kami dan mereka
budak-budak perancis..
setiap team perlu mix boys and girls
share satu pentas untuk buat persembahan depan penonton
yang jgk ada lelaki and perempuan..

bukankah islam telah menggariskan panduan dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan?

“ Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka” ( Surah An-Nur : ayat 30,31)

inilah hakikat
kami dan mereka sama..
tapi berbeza

nota:
kami johan kalam jamaie and sketsa..alhamdulillah!!!

Entri Lewat Malam

Dulu
When somebody asked me whether i am proud or not study here( egypt), i said not. Because i dont know for what aspects i shall be proud of.

And she just smiled to me.
She said that one day i will be proud study here. Same as when UK or Ireland students proud when they have such a good opportunities studying there.

Dan hari ini
Saya bangga belajar di sini.

Bukan hanya ini bumi kinanah. Bumi anbiya.

Tapi ini bumi tarbiyah.

2 years here. But i think i learnt a lot.

Gathering Lagi

Hari tu ada program untuk girls satu batch. Batch tahun dua.

Dan suka untuk saya catatkan di sini kata-kata dari orang besar persatuan;

Buatlah gathering, rapatkan ukhuwwah, sebab kita tak nak saat terakhir kita jumpa orang tu pada hari jenazahnya dikebumikan.

Akak itu turut berkongsi mengenai perihal batchnya;
”Paling ramai batch akak berkumpul adalah di hospital. Pada hari kematian Kak Iman”

Bercakap mengenai mati. Ianya pasti. Dan kita tak tahu bila giliran kita.

Muhasabah untuk saya yang sering alpa lalai lemah ini:
Saya sering ungkapkan tak sabar untuk balik malaysia 18 julai ini. Tengah2 baca buku minda boleh stuck lagi. Terus terbang ke malaysia.Melayang. Tak de konsetrasi langsung. Dan saya seolah-olah yakin saya dapat balik.

Tapi bagaimana dengan mati?
Entah esok giliran saya.

Dan adakah saya bersedia?
Adakah amal saya dah cukup?
Adakah…

They

Ada beberapa orang cikgu yang masih saya ingat. Yang saya rapat. Yang saya anggap macam mak saya. Yang saya sayang sangat. How i wish to meet them and hug them. Sungguh mereka sangat bererti buat saya.

Cikgu Rohani.
Beliau guru BM saya dari darjah 3 hingga Darjah 5. Dan saya sangat suka sesi buat karangan bersamanya. Ramai orang kata cikgu garang tapi bagi saya tak. She is still teaching the same school.

Teacher Kamariah.
Ajar BI masa darjah 5 dan darjah 6. Saya tak pernah ketinggalan untuk ke rumahnya tiap kali syawal. Dia suka bagi nasihat. Bagi dorongan dan semangat.

Ustazah Wan Norhafizah.
Mengajar bahasa arab saya dari form 1 hingga form 3. Cara ustazah ajar sangat best. Saya yang datang tanpa asas bahasa arab boleh menguasai dengan baik. Sungguh masa tu saya sangat sangat suka subjek ini. Malah masa tu hobi saya baca kamus bahasa arab. Tapi masa saya form 4 ustazah pindah ke terengganu.

Ustazah Khairiah.
Juga mengajar bahasa arab. Guru kelas masa form 4 dan form 5. Naik form 4 kena belajar bahasa arab lagi detail. Dan secara jujur saya tak pernah score dengan baik. Puas saya cuba semua teknik belajar masa menengah rendah namun tak berhasil. Tapi bila naik form 5 alhamdulillah saya dah nampak flow dia.

Teacher Saadiah.
Ajar add math masa form 5. Sangat best. Dia ubah persepsi saya mengenai add math. Beliau garang tapi baik.

Actually ramai lagi. Dan yang atas yang paling terkesan.

Saya sayang guru-guru saya. :)

sahabat

Alhamdulillah…
saya punya sahabat
saya ada teman
saya juga ada kawan
dalam masa yg sama
saya adalah kawan, sahabat dan teman
anda jgk kn?

subhanaallah…
indahnya ikatan ukhuwwah ini
lebih indah jika persahabatan ini berlandaskan syariat
kita beriringan menuju redha-Nya
bersama-sama mengharungi pahit manis kehidupan

Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para sahabat,

“Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik? Baginda s.a.w. menjawab (dengan maksud), “Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t. dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya”.

tapi
alangkah teruknya menjadi seorang sahabat
bila kita tak mampu pn nk tolong kawan kita yg ada masalah
tak ada kata-kata yg dapat menenangkan hati kawan kita yg kesusahan
sekadar hanya mampu mendengar musibah yang menimpanya tanpa kita punya solusi untuk membantu
sedihkan…
namun..itulah hakikat
and i do feel it

sungguh
rasa tidak berguna yg teramat
saat mereka menagih kata-kata semangat
diri ini hanya mampu terdiam seribu bahasa

astaghfirullah…….
sahabat yang baikkah aku???
tak sayangkah kamu dengan ukhuwwah ini??
tak takutkah dengan amaran allah??

“(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa.” (al-Zukhruf:67)

wake up call
so, apa tunggu lagi
let’s make a move
berusaha untuk menjadi sahabat yang terbaik
sahabat yang kehadirannya amat dinanti
kehilangannya amat dirindu
setiap kata-katanya menenangkan jiwa

“aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yg baik adalah sahabat yg sering dgnku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat semakin aku percaya diri. aku berharap mendapat sahabat sejati yg tidak luntur dalam suka dan duka, jika aku dapat aku ingin setia padanya…..”

sweetkan kata-kata imam syafie ni..
semoga ukhuwwah fillah dapat kita hidupkan
bukan sekadar menjadi pelengkap dihujung sms
bukan sekadar status di fb
tapi..
semoga ia menjadi rukun persahabatan kita.

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

sahabat sekalian
sesungguhnya saya amat menyayangi kalian.
semoga hubungan persahabatan yang terbina tidak sia-sia
semoga kita akan bersahabat sehingga ke syurga.
ameen…..

Post Navigation

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.